Moga hari H lahiran nanti selamet, prosesnya lancar dan tak kurang satu apapun..
Nantikan ya kabar kelahirannya.... sekarang tinggal tawakal sama yang Maha Kuasa..
:: Cara-cara merangsang bayi dalam kandungan - Pastikan ibu mempunyai emosi yang tenang dan riang supaya anak yang akan dilahirkan sentiasa riang-rangsang dan tidak mudah meragam. - Lahirkan perasaan rindu menanti kelahiran bayi tersebut dengan penuh ikhlas dan kasih sayang melalui usapan-usapan lembut Perdengarkan beberapa jenis bahasa, muzik terutamanya zikir dan ayat al-Quran serta pelbagai rangsangan pengetahuan asas yang mudah. - Sentiasa bercakap-cakap dengan bayi dalam kandungan dengan kata-kata manja, lunak dan menyegarkan. Mulalah ajarkan bacaan seperti A,B,C, 1,2,3; memperkenalkan diri seperti: 'Assalamualaikum/hello sayang, ini emak/ayah,' 'Anak emak/ayah bijak/baik' dan sebagainya. - Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti: menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut untuk menenangkannya, menepuk perut untuk mendapatkan reaksi bayi. - Rakamkan suara ibu, ayah dan ahli keluarga yang lain beserta bunyi-bunyian dan pasangkan 'ear-phone' ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara setelah dilahirkan kelak. - Perkenalkan perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluhkan ke perut.
Lakukan rangsangan ini selama 5-10 minit. Islam amat menggalakkan ibu-ibu mengandung mengamalkan beberapa perkara tertentu agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya: - Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat. Dengan amalan ini Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat - Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama. - Banyak membaca al-Quran. Antara ayat-ayat al-Quran dan surah yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, surah Yasin, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-Nahl (ayat 7 dan surah al-A'raf (ayat 189). Dengan membaca surah dan ayat ini selain daripada ibadah ia juga untuk memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna dan soleh. - Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.
Wanita hamil perlu mengetahui bahawa perasaan yakin dan gembira sewaktu hamil akan mengeratkan hubungan kekeluargaan terutama dengan suami dan ahli keluarga. Keadaan emosi yang tenang dan bahagian akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Ibu yang sihat menjamin keadaan pernafasan, pemakanan dan hormon yang stabil. Kestabilan ini dengan sendirinya dapat membantu membekalkan oksigen dan makanan yang lancar untuk janin. Ibu hamil yang tenang dan bersikap positif terhadap kehadiran bayinya juga didapati kurang mengalami risiko kehamilan. Mereka lebih mudah melahirkan anak. Keselesaan dan perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.
http://mybabysbreath.blogspot.com/2006_02_01_archive.html
Selasa, 09 Oktober 2007
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar